Monday, July 13, 2009

TWO STROKE ENGINE







DUA LEJANG SEJUKAN CECAIR/AIR





Injin dua lejang adalah sejenis injin yang mudah dijaga dan juga rendah kos penyelenggaraan.

Tetapi harus diingat, injin ini menggunakan pelincir tambahan,iaitu 2T. Bererti ada kos tambahan.

Injin ini memang berkuasa tetapi tidak untuk perjalanan yang jauh, kerana injin jenis ini tidak tahan `endurance'.

Injin jenis ini juga tidak mesra alam. Asap hasil daripada pelincir tambahan yang dibakar.

Injin ini ada dua jenis sistem penyejukan;




  1. Sejukan udara


  2. Sejukan air


Sejukan udara adalah jenis yang paling senang diselenggara.
Ketahanan injin ini kurang berbanding sejukan air.

Minyak pelincir tambahan (2T) perlu dilaras dengan sempurna untuk memastikan injin mendapat pelincir yang cukup supaya `piston'/omboh tidak melekat pada `block'/kebuk.

Injin ini bergantung 100% kepada 2T untuk melincirkan permukaan piston dan block dan juga sebagai penyejuk.

Pelarasan yang kurang tepat akan berlaku `power lost' dan `jammed'.
Bila 2T terlalu banyak dalam campuran petrol akan menyebabkan asap tebal keluar dari ekzos dan kehilangan kuasa. Sparkplug juga tidak tahan lama.


2T kurang pula menyebabkan injin cepat panas. Piston akan mengembang dengan cepat kerana kesan geseran akibat kekurangan pelincir dan seterusnya melekat pada block. Sekiranya berlaku dan menyebabkan kerosakan atau calar pada block, kos baik pulih dianggarkan sekitar RM 200.00.


Injin sejukan air,
biasanya digunakan untuk motosikal jenis sport dan skuter.



Kos penyelenggaraan agak tinggi berbanding sejukan udara kerana beberapa sebab;





  • Block/kebuk biasanya menggunakan teknologi baru seperti Diasil atau boron composit. Ianya tidak boleh di `rebore' sekiranya berlaku kerosakan. Kerana ia dicipta untuk tahan lasak. Perlu diganti baru dan harganya pun agak mahal juga.


  • Memerlukan gasket yang sesuai untuk menahan air dari masuk kedalam block.


  • Mempunyai water-pump/pam air.


  • Memerlukan 2T yang sesuai.


  • Sebahagiannya mempunyai `power valve' yang mana ada yang dikawal secara mekanikal dan ada juga dikawal secara elektronik.



POWER VALVE






No comments: