FZR 1000 GENESIS 2GH 1987 20 VALVE
FZR GENESIS 1000 adalah jentera YAMAHA yang mempunyai teknologi termaju di zaman itu dan sehingga kini sistem GENESIS masih lagi digunakan pada model YZF.
GENESIS ADALAH TEKNOLOGI 5 VALVE/INJAP SETIAP KEBUK/SELINDER.
Kelajuan maksimum motor ini adalah 250 km/h mengikut maklumat YAMAHA.Hanya dengan sedikit ubahsuai, motor ini mampu mencapai kelajuan 295 km/h.
Chasis pula dikenali sebagai DELTA BOX. Mempunyai saiz yang lebar dan besar untuk tujuan memberi keteguhan ketika mengambil selekoh `S'.
Frame belakang dah bukak...... Baru nampak togel... Hugger baru..masih dalam plastik lagi tauuu...he he he.
Hugger tue.....utk mto kawa zzr .... nampak ngam jer...terus sambar lerr...
Rege , boleh tahan lah jugak.
Beli kat...motosing Jln. Pudu.
Lepas tu dok pk lak nak buat mto tue ...ekor biar nampak tinggi dan tajam....cucuk langit..he he he.
Sebulan masa dok pk jer.....sambil2 tue...surf kat mudah.com sambil cari idea.
Dalam dok cari2 tue...jumpa lak ekor zx....custom
tapi tak complete....rege murah..so apa lagi...sambar lah. Nak kena tunggu lak,pasal dia buat ikut
tempahan....
Lepas booking ekor zx pegi lak merayau kat Shah Alam, belakang UiTM dekat ngan Icity....Kedai mto kat ctu memang murah compare ngan kat Ampang. Beli lampu after market, handle bar RENTHAL hand guard dan throttel.
Sementara tunggu ekor siap, merayau pula kat NSK Sentul. Jumpa under tail cover /mud guard, handle holder Virago, lampu brek dan signal LED.
Semua kerja pengubahsuaian dibuat kat rumah aje. Sama macam mat salleh buat tu...he he he.
Sekarang ni di peringkat mengumpul idea, macamana nak cantum biar jadi naked atau monster. Sebelum kerja ni berjalan, nak kena tanggalkan dulu apa yang patut kat moto tu.
Lepas tu pasang dulu lampu dan handle bar supaya dapat gambaran awal tentang rupa yang dihajati.
Banyak bahan yang pelik2 aku guna kat moto ni.